Saturday, March 12, 2016

Sambutan Hari Lahir & Doa Selamat

10 Mac 2015 (Khamis)

 Warga KPPMB mengadakan doa selamat kepada salah seorang staf koperasi yang telah meninggalkan kita pada bulan Februari 2015 iaitu Almarhum Puan Salbiah binti Daud. Moga rohnya dicucuri rahmat. Aminn

Selepas itu, pihak Taska pula pengadakan jamuan Sambutan Hari Lahir kepada kanak-kanak yang lahir dari bulan Januari hingga Mac. Sambutan ini akan diadakan setiap 3 bulan sekali bagi memeriahkan suasana Taska. Antara ibu bapa yang hadir ialah, Pn Nurul Huda iaitu ibu kepada Nur Hanani yang baru berumur 5 bulan. Ramai ibubapa tidak dapat mengikutinya kerana kesibukan bekerja.  Tetapi itu bukan alasan untuk mereka memberi sumbangan dalam bentuk makanan ataupun cenderahati. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.