Pagi ini kanak-kanak Taska KPPMB menghadiri satu lawatan ke Klinik Pergigian Muar. Seramai 18 kanak-kanak serta 6 orang guru pengiring turut serta dalam lawatan ini. perjalanan ini dimulai dengan bacaan doa dan sesi penerangan sebelum bertolak ke Klinik. Kami bertolak jam 9.00 pagi dengan menaiki 3 buah kereta. setibanya kami di sana, kami disambut oleh 2 orang pegawai pergigian iaitu Dr Asiah dan Dr Maria. Lawatan ini turut disertai oleh Taska Klaz seramai 20 orang dan 5 orang guru pengiring.
ini adalah wajah kegembiraan mereka menghadiri lawatan ini. Mereka begitu teruja semasa menonton video cara-cara menggosok gigi dan cara menjaga gigi. Selain itu, mereka telah di bawa oleh jururawat-jururawat pergigian untuk melihat suasana di dalam klinik pergigian.