Majlis Konvokeyen ini disambut dengan meriah kerana majlis ini diadakan di Pusat Aktiviti Kanak-kanak Parit Unas yang dirasmikan oleh Jabatan KeBajikan Masyarakat Negeri Johor, Tuan Haji Hashim bin Kidam bersama Pengarah Jabatan Kemabjikan Masyarakat Daerah Mua, Puan Hajah Sidatol Aini binti Jafri. 4 orang kanak-kanak yang mengambil bahagian dalm majlis ini. Antaranya ialah Nur Ariffah Daia, Nisa Amanda binti Faez Helmi, Harith bin Zainuddin dan Irfan bin Sha'ari. Mereka ini akan bersekolah di Pra sekolah pada tahun hadapan. Majlis perpisahan telah dilangsungkan di Taska pada 31 Disember 2015 bersama dengan ibu bapa Taska.
Friday, December 25, 2015
Sunday, November 22, 2015
Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak dan Guru Taska
17 November 2015 , Selasa
Setiap tahun, Taska KPPMB akan menyambut hari lahir kanak-kanak bagi mengingati hari lahir mereka. kami hanya membuat secara kecil-kecilan. hanya iringan doa selamat serta nyanyian lagu hari jadi dan sebiji kek dipotong lapan sudah memadai untuk memeriahkan suasana kanak-kanak ini. Tanpa hadiah, cuma gambar menjadi kenangan kami.
Setiap tahun, Taska KPPMB akan menyambut hari lahir kanak-kanak bagi mengingati hari lahir mereka. kami hanya membuat secara kecil-kecilan. hanya iringan doa selamat serta nyanyian lagu hari jadi dan sebiji kek dipotong lapan sudah memadai untuk memeriahkan suasana kanak-kanak ini. Tanpa hadiah, cuma gambar menjadi kenangan kami.
Tuesday, October 20, 2015
Lawatan ke Klinik Pergigian Muar
assalamualaikum semua,
Pagi ini kanak-kanak Taska KPPMB menghadiri satu lawatan ke Klinik Pergigian Muar. Seramai 18 kanak-kanak serta 6 orang guru pengiring turut serta dalam lawatan ini. perjalanan ini dimulai dengan bacaan doa dan sesi penerangan sebelum bertolak ke Klinik. Kami bertolak jam 9.00 pagi dengan menaiki 3 buah kereta. setibanya kami di sana, kami disambut oleh 2 orang pegawai pergigian iaitu Dr Asiah dan Dr Maria. Lawatan ini turut disertai oleh Taska Klaz seramai 20 orang dan 5 orang guru pengiring.
ini adalah wajah kegembiraan mereka menghadiri lawatan ini. Mereka begitu teruja semasa menonton video cara-cara menggosok gigi dan cara menjaga gigi. Selain itu, mereka telah di bawa oleh jururawat-jururawat pergigian untuk melihat suasana di dalam klinik pergigian.
Monday, April 6, 2015
PENGAMBILAN KANAK-KANAK BARU
kami masih mengalu - alukan kedatangan ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka ke Taska KPPMB
Lokasi : Wisma Lina Liza ( banglo putih )
Parit Raja, Jln Temenggong Ahmad
( jalan menghala ke Parit Jawa, berdekatan dengan Sekolah Menengah Tengku Mahkota & Sek Rendah Pt Raja )
sebarang pertanyaan sila hubungi nombor diatas
Lokasi : Wisma Lina Liza ( banglo putih )
Parit Raja, Jln Temenggong Ahmad
( jalan menghala ke Parit Jawa, berdekatan dengan Sekolah Menengah Tengku Mahkota & Sek Rendah Pt Raja )
sebarang pertanyaan sila hubungi nombor diatas
Tuesday, January 20, 2015
aktiviti kanak - kanak setiap hari
antara aktiviti pagi selepas sarapan, kanak - kanak Taska akan belajar mengaji bersama Ustazah Sahariah. kanak - kanak juga perlu berpakaian kemas seperti berbaju melayu serta baju kurung. mereka akan belajar melalui video animasi ataupun menggunakan bahan yang disediakan oleh ustazah sendiri.
selesai mengaji, mereka akan didedahkan dengan aktiviti luaran seperti bersenam, bermain bola, senamrobik ataupun aktiviti dalaman seperti bermain lego, mereka sesuatu menggunakan tanahliat, serta aktiviti merangsangkan otak dengan mengupas telur.
Subscribe to:
Posts (Atom)