Sunday, August 7, 2016

Aktivit Gotong-Royong Bersama Kanak-Kanak Taska.

8/8/2016 Isnin

Taska telah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Taska bersama kanak-kanak. Selain daripada untuk menjaga kebersihan kawasan Taska aktiviti ini juga adalah untuk mendidik kanak-kanak tentang kebersihan dan semangat kerjasama antara satu sama lain dalam aktiviti gotong-royong ini.











Saturday, August 6, 2016

Majlis Sambutan Hari Raya dan Sambutan Hari Lahir.

3/8/2016 Rabu

Sambutan hari raya ini diadakan sempena bulan Syawal yang tiba dan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara ibu bapa kanak-kanak dan taska. Konsep "potluck" digunakan didalam majlis hari raya ini. Taskai menyediakan pelbagai makanan untuk para tetamu yang hadir. Alhamdulillah majlis tersebut amat meriah dan kehadiran tetamu amat memberangsangkan. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan InsyaAllah.























Tuesday, June 14, 2016

Riadah di taman permainan Giant Muar

14 April 2016 

Selain melakukan aktiviti di dalam taska, kanak-kanak juga diberi ruang untuk mendedahkan mereka dengan aktiviti luar. Contohnya ialah membawa mereka ke taman permainan (indoor) di Giant Muar. Kawasan permainan di situ agak kurang selesa kepada kanak-kanak kerana ruang permainan yang agak sempit. jika dibandingkan dengan kawasan permainan di Tanjung Mas, sangat luas dan kanak-kanak boleh bermain dengan sepuas-puasnya.









Saturday, March 12, 2016

Sambutan Hari Lahir & Doa Selamat

10 Mac 2015 (Khamis)

 Warga KPPMB mengadakan doa selamat kepada salah seorang staf koperasi yang telah meninggalkan kita pada bulan Februari 2015 iaitu Almarhum Puan Salbiah binti Daud. Moga rohnya dicucuri rahmat. Aminn

Selepas itu, pihak Taska pula pengadakan jamuan Sambutan Hari Lahir kepada kanak-kanak yang lahir dari bulan Januari hingga Mac. Sambutan ini akan diadakan setiap 3 bulan sekali bagi memeriahkan suasana Taska. Antara ibu bapa yang hadir ialah, Pn Nurul Huda iaitu ibu kepada Nur Hanani yang baru berumur 5 bulan. Ramai ibubapa tidak dapat mengikutinya kerana kesibukan bekerja.  Tetapi itu bukan alasan untuk mereka memberi sumbangan dalam bentuk makanan ataupun cenderahati. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.